Saturday 3 November 2012

Antara Asid dan Alkali....

Asid adalah sebatian kimia yang bersifat masam dan mengkakis. Perkataan "asid" adalah berasal dari perkataan Latin "acidus" yang bererti masam.
 
 Alkali adalah sebatian kimia yang lebih dikenali sebagai bes atau asas unsur logam bumi beralkali. Perkataan "alkali" adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab "al-qaliy" yang merujuk kepada proses pengoksidaan logam akibat pemanasan suhu tinggi.

Sifat Asid dan Alkali
Sifat-sifat asid
  • Asid mempunyai rasa masam.
  • Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah.
  • Asid mempunyai nilai pH kurang daripada 7.
  • Asid adalah mengakis.
Sifat-sifat alkali
  • Alkali mempunyai rasa pahit.
  • Alkali adalah licin seperti sabun.
  • Alkali mengubah kertas litmus merah menjadi biru.
  • Alkali mempunyai nilai pH lebih daripada 7.
  • Alkali adalah mengakis.




5 comments:

  1. Dengan adanya maklumat tersebut, banyak panduan diperolehi kita untuk menyediakan makanan harian kepada ahli keluarga kita. Semoga kita semua sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju,lagi untuk anak-anak kita sekarang yang suka "fastfood"

      Delete
  2. Isi pelajaran kemas dan padat. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  3. Gambarajah ini memberi ilmu baru kepada saya,TQ.

    ReplyDelete
  4. oh....rupa-rupanya itu sifat mereka

    ReplyDelete